Pada suatu hari seekor buaya yang sedang berjemur ditebing sungai dengan
tiba-tiba telah terhimpit ditimpa batang pokok yang tumbang. Ia pun
merintih dan meraung meminta pertolongan. Raungannya itu didengari oleh
seekor kerbau yang sedang makan rumput ditebing sungai itu. Sang kerbau
pun datang membantu sibuaya dengan penuh ikhlas dan penuh rasa kasihan.
Setelah batang pokok itu diangkat keatas oleh sang kerbau, sang buaya
pun terlepas dari himpitan dan dengan tiba-tiba ia terus menggigit kaki
sang kerbau. Sang kerbau pun meraung meminta pertolongan dan merayu
kepada sang buaya supaya beliau bersikap adil supaya tidak membahamnya
kerena beliau telah pun membuat jasa. Pada masa yang sama ternampaklah
mereka akan sebuah tudung saji buruk yang hanyut dibawa arus. Lalu
mereka bertanyalah kepada tudung saji itu tentang samaada patutkah sikap
sang buaya bersikap sedemikian. Tudung saji menjawab sang buaya memang
patut berbuat sedemikian kerena berdasarkan pengalamannya dia telah
dibuang kesungai oleh tuannya apabila keadaannya telah buruk dan telah
digantikan dengan tudung saji yang baru. Semasa beliau masih baru dan
cantik mereka meletakkan beliau ditempat-tempat yang mulia. Dia
digunakan beberapa lama sehingga ia menjadi buruk dan rosak kemudiannya
dibuang begitu sahaja. Bakti beliau untuk melindunigi makanan selama ini
tidak lagi menjadi perhitungan oleh tuannya untuk mereka disimpan atau
dimuliakan lagi. Oleh itu dia berpendapat adalah adil bagi sang buaya
memakan sang kerbau kerena jasa atau budi lama yang lalu sememangnya
selalu tidak perlu diambil kira. Tudung saji itu pun terus hanyut.
Seketika kelihatan pula tikar buruk yang hanyut terapung dipermukaan air
sungai itu. Lalu mereka pun bertanya seperti apa yang ditanyakan kepada
tudung saji tadi. Tikar buruk itu menjawab dengan jawaban yang serupa
seperti yang dijawab oleh tudung saji tadi dan dia pun terus hanyut
meninggalkan mereka. Sang buaya pun berpuas hati dan mula menarik kerbau
itu kedalam air. Tetapi entah macam mana sang kancil telah melewati
ditempat kejadian itu dan sang kerbau pun meraung meminta pertolongan.
Sebagai memenuhi permintaan sang kerbau untuk mendapatkan keadilan, sang
kancil pun memohon pada sang buaya untuk melakunkan kembali kejadian
itu dari mula. Sang buaya bersetuju dan batang pokok tadi pun diletakkan
kembali diatas belakangnya. Sang kancil pun meminta sang kerbau berlalu
dari situ dan sang buaya pun ditinggalkan mereka dalam keadaannya
kesakitan dihimpit oleh batang pokok seperti keadaan mula-mula tadi.
Sambil berjalan sebelum berpisah, sang kancil berpesan pada sang kerbau
supaya dilain masa berhati-hati jika hendak memberi pertolongan.
Apa yang kita dapat dari cerita ini adalah pengajaran mengenai beberapa perkara seperti berikut:-
•Jika kita hendak berbuat baik atau memberi pertolongan hendaklah kita
kenal kepada orang yang kita beri pertolongan. Jangan terjadi seperti
peribahasa " Bagai melepaskan anjing tersepit"
•Jika kita meminta nasihat atau pendapat mestilah kita berhati-hati dan
memilih dari siapa yang kita memohon nasihat itu. Jangan dari orang yang
sedang dalam emosi
•Jika kita dalam keadaan beremosi elakkan dari kita memberi nasihat
kepada orang lain, kerena berkemungkinan nasihat kita itu tidak
difikirkan dengan baik dan jujur dan boleh bercampur aduk dengan nafsu
atau emosi kita ketika itu.
•Kita juga perlu hormat dan selalu mengenang budi orang yang telah berjasa kepada kita
•Sikap ego kita boleh membawa kita menjadi bodoh dan tertipu terutama oleh nafsu kita sendiri
•Jangan putus asa meminta nasihat dari berbagai pihak jika kita berada dalam kesusahan
•Jasa orang hendaklah selalu kita kenang dan jangan mudah lupa pada orang lama sebelum kita.
Cerita yang menarik, murid-m,urid pasti suka menonton dan membaca, syabas, Mei Shy...
ReplyDeletesaya suka menggunakan cerita yang berunsurkan nilai moral, ini dapat memupuk sikap moral dalam jati diri murid.
Delete